• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Thank You : Bernafas di 1 Nov 2011,The 1.11.11

    Tuesday, November 1, 2011
    Hype Readers! Assalam Pembuka bicara-Seperti Biasa.
    " 1.11.11"- Dunia Maya @Facebooking heboh dengan status2 HOT dorang yang ofcoz hangat berdiskusi pada tarikh yang CHANTEK ni. So, Aku pun tak nak lepas peluang, nak kecoh jugak, kecoh yang agak panjang dalam berblogging.
    Nak kecoh pasal pa hang ni?

    "Agak Tersentak Sedikit dengan situasi di Pasar Malam Tadi, Betapa bersyukurnya diri ini dengan Nikmat rezeki dan kemudahan yang dikurniakan oleh Allah"


    * Pasar Malam @Seksyen 6-Shah Alam

    Mungkin bagi kami, Student @Cendana, melihat insan2 yang minta sedekah is like very usual, setiap malam, acap kali, Asal Pasar Malam Jer, Confirm + Sah2 muka2 dorang ni muncul, duduk ditepi lintasan orang, Menghulur tin untuk dihumbani duit. First time tengok, Memang kasi, lama2 macam naik pelik sikit, rasa menyampah pun ada.
    Naper rasa menyampah bang?
    Sebab aku anak seorang petugas di Jabatan Kebajikan, jadi tahu serba serbi rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan, dimana kerajaan ada menyediakan skim2 tertentu. Even at my Place, Isolated (bak kata classmate yang agak sacrcastic-Tak kesah pun), gejala minta2 sedekah agak kurang berlaku. Mungkin situasi berbeza-entah.
    Jadi, hati aku kebal + Kental untuk tidak memberi se-sen pun atas dasar Fakta yang aku ketahui.

    Tapi Itu tidak untuk Malam ini, Hari 1.11.11, hari aku masih diberi nafas, diberi perlindungan untuk berteduh, diberi Nikmat kasih sayang Ibu Ayah, ditemani kawan2 yang baik budi akhlaknya (ops,ter-over pulak,)
    Betapa kekebalan dan EGO aku runtuh berderai Tatkala melihat wanita buta itu, Tua, keseorangan, duduk meminta sedekah, dalam keadaan mata yang agak tidak normal, sungguh kesian, Berdiri-terpacak dalam Hujan ribut yang baru melanda. Terkapai-kapai wanita itu mencari tempat untuk berteduh, Kesejukkan, hilang tujuan untuk berteduh.
    Aku yang tertusuk dengan sentuhan situasi yang berlaku hanya mampu Berdiri, Menyaksikan the situation. I'm drawn with my Own emotion.
    Betapa aku , rakan-rakan aku masih punya tempat berteduh, kehangatan and Bla-bla.
    STOP!. Ok, terlampau beremosi sampai tak tau nak tulis ape lagi.


    * Kalau Allah mahu menarik segala apa yang ada, Bisa aja berlaku sekelip mata, Bersyukur*

    " Mungkin hari ini, 1.11.11 memberi erti untuk bersyukur"

    0 comments:

    Post a Comment

    featured-content