• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Showing posts with label Teen Story. Show all posts
    Showing posts with label Teen Story. Show all posts

    dulu AKU seorang dungu

    Monday, May 23, 2011
    Salam selasa buat semua. Entri kali ini lebih menjurus kepada latar keputusan yang aku pernah dapat suatu ketika dahulu.

    Aku dulu pernah menghadiri kelas tadika Madrasah Darul Uloom, Lawas seawal usia 5 tahun. Bagi komuniti di sini,5 tahun masih dikira belum sesuai kerana kebiasaanya parents2 akan hantar anak mereka ke kelas tadika pada usia 6 tahun. Bagi parents aku,kalau mula awal lebih baik. So,after 2 years kelas tadika,kami kena duduk exam kelayakkan,which yang bakal menentukan our future primary school. Time tu kami just ada 2 options,either lulus dengan cemerlang akan ditempatkan ke Sekolah Agama (antara sekolah berprestij di Lawas) and gagal- ke Sk Pusat Lawas.Time exam tu aku BLURR habis.Exam semua dalam bahasa Arab. I even don;t know how to read,apatah lagi nak menjawab soalan. AKU GAGAL!

    Then,waktu tu aku belum kenal erti kata falsafah. Emak selalu pesan,gagal sekali bukan gagal selamanya. Waktu tahun satu,aku ditempatkan kat 1Azam,kelas yang paling hujong. Masuk tahun2-6,aku telah dapat menempatkan diri kat kelas Separa Elit. Tahun6 dulu,aku sempat lah jugak masuk asrama,duk kat sana just nak main-main,study pun tak pernah serious. Exam UPSR,very upsetting, aku just dapat 3A2B-sains aku B. Frust giler,sebab aku antara student harapan untuk skor Sains.

    Form1-aku dapat offer masuk kelas KRK (kelas rancangan khas) SMK Merapok-khas untuk student yang in the middle of excellence. Aku beruntung lah jugak dapat masuk kelas ni,sebab Diantara 170+ student form1,hanya 23 orang jer yang terpilih based on their UPSR result. Kira bangga lah jugak time ni. Sampai hujung tahun form1, aku masih lagi tak dapat nak skor dalam exam. Untill end of year form1 tu,aku dapat no3 SELURUH TINGKATAN!.Start dari inilah,aku dah start perjuangan persaingan,kerana bagi aku, USAHA yang penting. Result aku buat masa ni maintain. I keep My strategy, Maintain Ur Performance. Aku selalu ingatkan diri aku, Nak dapat kecermelangan is very easy,tapi untuk Maintain kecermelangan is not that Easy. Selepas melepasi tahap kecermelangan,kita harus menghadapi tahap yang seterusnya-MENGEKALKAN kecermelangan-which ramai orang Kecundang time ni. Time aku form2,aku adalah jugak berkawan dengan senior ni, Husaini (dari entri geng anak seni)-dia dapat skor 7A1B time PMR dan dapat fly ke MRSM Kuching,seluruh sekolah bangga akan dia. Start dari detik itulah,aku berazam nak Kalahkan budak ni. Kalau dia Boleh ,akupun boleh. Inilah juga cara aku nak keluar dari kehidupan LAWAS ni, Mencari pengalaman ditempat orang lain. So,after result PMR kuar,alhamdulillah,..aku dapat 8A dan dapat fly ke Sek.Men.Sains Kuching.(sekolah terbaik kat sarawak). Start dari hari inilah jugak,yang aku percaya,Nothing is impossible, dan USAHA keras akan diberkati Allah.

    Time aku form5 kat SAINSKU,hidup kat sini bukan lah senang seperti yang disangka. Hidup dalam study environment ni kadang2 boleh buat kita stress. But i manage to follow them,since aku sangat minat dalam dunia study ni. Then,berita dari senior aku yang sorang ni, HUSAINI(sama-sama sek kat merapok dulu), dia dapat offer ke AUSTRALIA,dalam bidang arkitek. Huh,aku punyer lah tumpang gembira dengan pencapaian yang dia dapat.Terdetik satu cabaran baru, kalau dia dapat,aku pun mesti dapat. Sebab aku kenal sangat dgn Husaini tu,rakan sepermainan dulu. Aku bertekad nak study kat overseas pulak lepas ni. STUDY hard bagai nak rak time SPM dulu...dan Alhamdulillah,tanggal 23 Mac 2011, aku dapat 9A dalam SPM. Husaini dulu 9A1B. aku dapat stret.Husaini tak..kekeke..

    Inilah peluang aku nak terus dapatkan peluang belajar kat Overseas. Aku apply JPA pnyer biasiswa. Baca kisah (coretan temuduga)-untuk mengetahui kisah aku time interview dulu. dan ALhamdulillah,Praise to ALLAH,aku berjaya mendapat tajaan ke oversea. Syukor sangat-sangat.

    So,the moral of the story is, Untuk berjaya bukanlah mudah.Perlukan pengorbanan yang ikhlas. Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudiaan. Dungu bukan ertinya kita tidak mampu, USAHA yang keras akan mengubah persepsi orang terhadap kita, Allah dan tuhan memberkati orang yang berusaha.!

    Husaini- dia dapat tajaan ke Australia-arkitek. Sekarang tengah buat persediaan kat KBU international College.
    Aku pulak - dapat tajaan ke United Kingdom (England)-farmasi. Bulan7 buat persediaan kat International Education Center,Uitm Shah Alam.

    The story Of geng ANAK SENI

    Salam seni buat semua. Harap masih banyak masa untuk membaca entri kali ini. Baiklah,The story of geng anak seni is based on the true story that happen in my life. kisah ni terjadi time aku masih lagi digelar junior. Watak-watak utama dalam geng ni adalah Husaini (our senior who's pursuing his AUSMAT at KBU,bound for Australia in architechture) , Syahfarhan (pure-science.lower6 Smk Kubong) , Minan(nowhere),Shahrija (former upper 6) and others...tak ingat lagi lah.

    Kami sekumpulan ni merupakan ahli pengiat seni kat sekolah dulu. (walaupun tak officialy sangat). Tapi kami semua ni amat menggilai seni-terutamanya seni pementasan.Setiap insan dalam group ni ada minat masing-masing. Aku sendiri minat giler terhadap teater,Husaini-Puisi,lirik lagu,Visual-art (bab ni smua dia yang konker), Syahfarhan-singing art,Pementasan teater, Minan-always jadi assistant yang setia untuk kami semua. Kami semua ni duduk kat asrama. So kegiatan seni kami senang dilaksanakan sebab kalau nak discuss something,senang jer..just berjalan 2-3minit dah sampai. Oleh disebabkan kemudahan yang sedia ada ni,kami selalu berkumpul dan berbincang aktiviti yang bakal kami lakukan untuk setiap hujung minggu. Memandangkan pekan kami tak der satu panggung wayang pun,so agak bosan lah jugak kalau tak der aktiviti. Every week we'll decide CONCERT to do after having a work party.

    Part ni lah yang paling menyeronokkan. Aku tabik kat husaini lah jugak sebab dia antara komposer terbaik dalam kumpulan kami ni. Lagu-lagu dia,pergh,kira OK! lah jugak. Kami ni always bersaing,dalam masa 30min jer,timbul melody dan lirik yang begitu puitis-(bagi penggiat seni macam kami ni). Pas tu, bukan berbakat dalam mencipta lirik dan lagu, kami juga sempat buat PREPARATIOn dialog untuk teater,but mostly time CONCERT tu kami banyak tambah skrip sendiri jer. Yang paling bestnyer, setiap kali lepas perbincangan,kami akan adakan pembentangan, ala-ala AF lah kononya. Setiap orang memaparkan EMOSI yang begitu mantap. (kalau nak dikenang kembali,MAlU rasanya..hehe).

    So,pada hujung minggu tu kami decide nak buat konsert persendirian@hanya penggiat seni dibenarkan menonton. Masalah kami time tu adalah tempat Konsert tu bakal diadakan. Kalau nak buat dalam bilik,tak best sangat, Tak GLAMER. Lagipun bukan semua orang dalam bilik tu spotting. Fikir punya fikir,kami semua bersetuju lah buat konsert kat BERANDA ASRAMA ARAS 2,lokasi yang agak strategik kerana shape beranda tu seakan-akan international punya stage. Kami semua beranggapan yang Rumput dan pokok-pokok kat depan tu adalah OUR BIG FANS-(lawak sungguh imaginasi kami). Tapi yang paling hebatnya juga, kami ada TETAMU VIP sebab depan beranda tu adalah kediaman Tuan Pengetua. Jarak hanya 20 meter jer kot dari pentas konsert tu. Memang jelas kalau tengok dari rumah pengetua. Tapi time tu kami tak terfikir pulak akan benda ni. Time tu kami semua dah terlalu obses nak buat performance,since kami dah bertungkus-lumus buat persediaan. Kononnya inilah masa untuk mempersembahkan karya sendiri.lepas tu,selepas everything was set, kami pun berkumpul kat beranda tu. Sorang demi sorang muncul ke lokasi persembahan.

    Pada mulanya,2-3 orang jer penonton yang datang. Masih lagi yakin nak buat persembahan sebab turn aku lama lagi. Tak sangka pulak,Konsert kami ni mendapat sambutan yang hangat. VERY HOT!-maybe disebabkan geng aku yang sorang ni,suara dia ada ala-ala hazama sikit. ( nama dia-Lawing).Dia tarik suara punya lah tinggi+serak-serak basah. Jeritan batin dia kot buat orang kat aras-aras lain terpanggil. Then,orang dah start memenuhi ruang Konsert tu. Aku dah rasa shy-shy cat nih. Kami terpaksa batalkan konsert ni,terlampau humiliate lar kalau nak difikir kembali. The Concert is Cancel!.

    Cerita konsert ni tak habis kat situ jer. Keesokkan paginya tima kat lab Science, tetiba pulak cikgu on duty time tu cakap,Wow,u've great talent!...arrghh! what? MALU tahap karma time tu, dah satu kelas dok khusyuk dengar announcement cikgu tu. Tak sangka,riuh rendah kat pentas konsert kami tu dah mengundang perhatian seantero sekolah..Punyer lah malu,cikgu tu gelak2 tengok kami beraksi kat beranda. Aku dah tak tahu nak letak muka ni kat mana. Disampuk lagi oleh pelajar perempuan,mereka dah skodeng kami dari asrama. Asrama laki ngan pompuan tak lah jauh sangat. Riuh-rendah tu kot yang menyebabkan dorang ni tertarik nak tahu, What's going on...Kami dah GLAMER time tu dengan rekod yang boleh tahan TEBAL MUKA dibuatnya,..Apalah nasib,kami always think postive. Kami setuju yang dorang ni start jadi Fan dan memahami jiwa Seni ni. (Masih Strong mempertahankan maruah). fuh...

    Lepas kejadiaan tu,kami ubah ke port baru. Kali ini kami buat Konsert yang very Puitis kat court Basketball,belakang dewan. Tempat ni agak terpencil,so senang lah sikit kami nak berkarya daripada gangguan orang yang tak diperlukan. Konsert puitis kali ni bertemakan bebas,but idea yang dikeluarkan mesti spontan. Kebetulan time tu hujan,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...Tambah mood dalam puisi kami nanti. Aku masih lagi ingat time tu, Husaini bukan main rak mendeklamasikan puisinya..cukup dengan tutup mata sekali. (lawak pulak kalau nak imbas kembali). Kami just tengok jer,bagi semangat kat dia. Tapi waktu tu sangat lah best,sambil mandi hujan ramai-ramai..sambil tu juga berpuisi. Kenangan yang lucu tapi penuh makna.kekeke

    Nantikan episod perlawanan NARUTO kami,aktiviti seni yang begitu abstrak dan sukar ditafsirkan.
    Sampai di sini dahulu kisah Geng anak Seni. Moga-moga ingatan zaman kita kecik dulu masih segar dalan ingatan. Sesungguhnya zaman itu hanya berlaku sekali dalam kehidupan.

    Hipokrit yang PLASTIK

    Sunday, May 22, 2011

    Salam ceria buat Pembaca sekalian. Entri kali ini masih berkisarkan kisah seorang teman yang HIPOKRIT YANG PLASTIK. Kalau kita menyelami makna HIPOKRIT, satu gambaran yang buruk,mengambarkan seorang yang berpura-pura dalam semua benda-terutamanya dalam hal KEBAIKAN. Inilah dia sifat seorang Hipokrit, PRETEND to be GOOD!but actually he is too BAD. Well, word “he” memang dah nyata siapa yang bakal diperkatakan hari ini. Kepada Miji,Ein,Zul,Jiji,Azwan, roommate time SPM dulu,I hope korang dah expect sapa yang bakal diceritakan ni. Ditambah pula perkataan PLASTIK-sebagai pemberat utama betapa PLASTIKnya orang itu sehinggakan segala kebaikan yang dia lakukan dibayangi sifat Hipokritnya. Bagi kami,segala perbuatan yang dia lakukan SUNGGUH tidak Ikhlas,Kerana kami yakin, Gerenti ada MAKSUD disebalik segala perbuatan yang dia lakukan.

    Orang ini dikira orang terkenal dalam kalangan pelajar (terutamanya Junior kerana perangai nya yang suka Mengadu Domba) dan dalam kalangan guru kerana sikap dia yang selalu membodek dan PRASAN diri tu disukai ramai. Kalau dikenang dikembali,meluat rasanya hendak difikir dan dimbas. Tapi,demi kesedaran sejagat,Entri ini diharap dapat menyedarkan insan-insan yang merasakan diri mereka tergolong dalam kalangan Hipokrit Yang Plastik. Persoalan pertama, Mengapa Kami selalu benci akan Manusia ini?. Alasannya mudah, perangainya yang begitu merimaskan. Bagi aku,manusia seperti ini memang tidak sesuai untuk berkepit dan bermesra sebagai kawan. Mungkin sebilangan daripada kawan-kawannya perasan terhadap perangai manusia ini.

    Pertama:- Perangai yang suka menunjuk-nunjuk. Aku memang PANTANG kalau ada kawan yang suka SHOW-OFF.Bukan bermakna aku seorang yang hasrat dengki,Cuma aku tidak setuju dengan adanya perangai yang macam tu.Apa maksud Show-Off sebenarnya kalau bukan untuk BANGGA DIRI-atau MENGUJUBKAN diri. Satu dosa dah. Dan,orang sekeliling Macam Aku ni dah start mengumpat kerana tak HINGIN perangai manusia ni.Adalah hari tu, time aku duduk atas katil,buat revision coz malam tu ada exam ulangan fizik. Tiba-tiba dia datang, jumpa kawan dia kat bilik aku. Aku buat “de” jerr,sebab aku memang dah tak suka budak ni dari last year. Pas tu,sedang Dok borak-borak dengan roommate aku, Dia start dah perangai JAHANAM dia tu. Mentang-mentang HP-baru, Kira standard lah jugak,pe lagi- THE SHOW IS ON!!....aku malas nak criter panjang pasal show murahan dia ni,aku harap korang pembaca sekalian faham pe yang budak ni bakal buat.

    Kedua :- Perangai yang berlagak! Budak ni masa time form4 dulu antara tergolong dalam kelas top lah jugak,pas tu dia tak stabil then bila masuk form5 jer, dah tersingkir ke klas yang lain,gara-gara prestasi dia yang menurun. Aku kira dia dah start sedar dah bila kena humban ke klas lain,rupanya even worst. Saat inilah dia dah start berlagak! Kononya dia dari kelas TOP,so ofcoz cikgu-cikgu lain bakal layan dia Standard student Hebat. Well,biasalh manusia ni,kalau dah KEPALA naik, orang yang tolong ajar Dia pun dia tak layan, tak respect langsung sebab otak dia masih set yang dia masih dikira student hebat. Aku bernasib malang lah jugak kerana terpaksa berhadapan dengan manusia yang macam ini. Tak pernah respect leader, tak kan lah leader kena ikut anak kot,kena ikut cakap majority sepakat dalam group tu lah. Itulah kelemahan yang ketara kat dia,tak pernah mengalah untuk menjadi orang bawahan. Selalu memikirkan yang dia tu always sebagai leader, WHICH I HATE VERY MUCH!,Sikap nilah yang buat dia sangat lemah. Untill sebelum SPM pun,dia masih tak sedar. Dan aku pun, “who care”..”his future is non of my business”. Apabila SPM result dh reveal,baru dia rasa. Baru tau betapa tingginya langit dari bumi, baru sedar yang selama ini dia kat bawah,but don’t want to admit it.

    Ketiga:- Talam dua muka. Well,semua geng-geng dia ni dah perasan perangai buruk dia ni. Mangsa penghinaan budak ni adalah insan yang lemah,yang tidak berani menentang budak ini. Tapi bagi insan yang sentiasa against him,dia akan always beringat sebelum bersuara. Aku rasa dia sedar perkara ni,tapi tak tau lah kenapa,dia langsung tak nak berubah.Sebab tu lah aku tak suka budak ni. Keras kepala.Depan kita bukan main manis lagi, manis bagai nak mampus,tapi kat belakang,pahit bagai nak LEBIH MAMPUS!. Nasib aku tak pernah ditikam budak ni, kalau aku kena,SUMPAH-nama budak ni akan dinyatakan dalam entri ni. Budak ni kalau dah nak tikam orang,dah tak kira orang. Kawan baik or musuh semuanya sama. Hari tu adalah aku dengar dia tikam pasal BEST FRIEND dia sendiri. Tapi aku heran lah, dorang ni tetap stick dengan manusia yang macam ni. Syukor lah jugak,dorang ada tahap kesabaran yang maksimum.

    I think it’s enough. Dah cukup kot 3 perkara yang aku paling tak suka pasal dia ni. Aku harap korang pembaca sekalian akan mampu bersabar terhadap orang jenis macam ni. Inilah kenyataan yang harus kita harungi untuk menjadi yang lebih kuat.

    Moga kita lebih kuat untuk menghadapi rintangan mendatang! THINK POSITIVE!

    Kisah konflik Teman seperjuangan

    Salam Kecermelangan buat semua. Entri kali ni berkisarkan kisah aku dengan seorang teman yang sukar difahami,tetapi berada dekat dengan hidupku. Mungkin inilah antara kawan karib aku semasa menjalani kehidupan senior semasa di Sainsku.

    Kehidupan sebagai seorang teman ada kalanya yang baik dan buruk. Dan tertulisnya entri ini adalah bagi menjelaskan kerenggangan persahabatan kami untuk satu jangka masa yang panjang ( starting July till Sebelom SPM). Entri ini khas dibuat untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan di kelas 5 alfa 2010 yang sering tertanya-tanya apakah yang sedang terjadi pada persahabatan kami.

    Ceritanya bermula begini. Bagai rutin harian,kami akan pergi solat zohor dan makan tengahari bersama-sama selepas selesainya p&p pagi. Tapi hari itu, entah kenapa aku melenting tiba-tiba kerana dimarahi oleh cikgu addmaths gara-gara pencapaian aku yang teruk dalam peperiksaan mingguan.So,aku pun tak layan lah semua ajakan kawan-kawan untuk pergi lunch,termasuk lah kawan aku ni. Manakan tidak, aku umpama di humiliate di dalam kelas,berdiri dan diberi nasihat yang amat pedas dan berbunyi sinis.Aku tak dapat terima kenyataan dan harus berubah.AKu terus EMO bagai nak rak.serabut dibuatnya. Dan dari saat inilah, trajedi itu bermula. Mungkin ini salah aku, aku tak sambut perlawaan dia dgn baik. Aku buat umpama angin kat depan je. Aku langsung tak pedulikan dia. Maybe dia tak prasan yang aku sedang EMO bagai nak mampus masa tu. Then, sifat aku memang macam tu, tak akan layan orang dalam situasi emo,tapi aku menghadapi emo jarang sekali. Dia adalah mangsa Emo pertama aku! Kalau aku emo,semua benda yang aku fikirkan sungguh negatif. Dan Dia, Cara mengajak aku lunch Umpama tidak pernah memahami! I HATE IT!! (masa tu larr). Aku pun berfikir, dia ni tidak menghadiri kelas ke? tak kan tak paham perasaan aku sekarang ni! everything is negative...So, aku langsung tak layan and marah kat dia.

    Selepas selesai rehat tengahari,time aku nak ke tandas, terserempak di tangga, dia cuba tegur,tapi aku langsung tak layan.Time tu aku dah marak betul2 kat dia. Entah syaitan jenis apa meracuni fikiran aku masa tu. "IS THIS MY FRIEND? DONT EVEN CARE OF ME"...ni lah words yang terdetik masa tu. Sedangkan dia dah berusaha untuk membawa aku berbual-bual.Well, start dari inilah, kami langsung tak berbual untuk sekian lama.Untuk memunculkan diri di depan masing-masing pun dah tak hingin. Masing2 ada ego yang sungguh tebal. Masing-masing merasakan diri tidak bersalah. Bagi aku, jika dia adalah teman sejati, dia harus berusaha mencari tahu apa yang terjadi terhadap diriku. Bukan terus mendiamkan diri tatkala aku tidak melayan hanya sekali. mungkin memang sikap dia begitu. Tapi masa tu aku memang tidak dapat accept perangai dia macam tu. Mungkin bagi dia, dia dh try yang terbaik untuk memujuk dan apabila aku memberikan respons yang sedemikian, dia beranggapan aku sudah tak sudi berkawan kembali. Hal ini berlanjutan sebegitu lama ( nasib pelajaran aku tidak terganggu). Kawan aku ( MIJI , AIN) cuba bertanya pa kes?? aku buat cool3..jawab just salah faham. aku tak nak memburukkan lagi keadaan. Biar suasana reda dulu, baru beraksi. Tapi aku respect dgn Miji ni, he;s keep asking,what is going on...dan, at last, aku buat-buat cerita dengan miji ni ( sori lh yer,terpaksa)..kononya aku tengah menguji tahap kesetiaan kawan si dia.

    Kerenggangan ini terjadi sehinggalah hari itu. Hari Bermaaf-maafan sebelum SPM. Waktu ni kami ada 2 sesi, sesi bersama junior dan sesama sendiri. Selepas selesai sahaja bersama junior, Dalam keadaan yang sayu dan bertitisan air mata, aku menghampiri nya dan bersalaman. Aku cakap dan explen kat dia yang selama ni aku yang bersalah dan sepatutnya keadaan tak perlu jadi begini. I cry like mad infront of that fren. Tak sangka,time tu masih puasa,bulan tu membawa rahmat yang kawan baik tetap ada walaupun apa yang terjadi.

    Dan syukor,kami kembali berkawan selepas itu, hari-hari menjelang SPM, Hari SPM,Hari mendapatkan result SPM...dan sampailah sekarang..Alhamdulillah..

    featured-content