• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Showing posts with label The Philosophy of estitique. Show all posts
    Showing posts with label The Philosophy of estitique. Show all posts

    Mengirim Telepati : Satu kebenaran atau Metafizik semata-mata

    Thursday, June 9, 2011


    Salam buat pembaca sekalian. Entri kali ini agak lebih berat sedikit,tapi amat bersesuaian dengan dengan sifat dan daya pemikiran logic kita. Walaupun entri ini melampui bidang falsafah estetika yang aku inginkan, tapi tajuk ini amat menarik untuk dikongsi bersama bagi pasangan kasih yang sedang bermadu, ataupun untuk kita bersuka-suka mempraktikkannya untuk kepuasaan diri sendiri.

    Ok,cukup pendahuluan yang agak berbunga-bunga. Sebelum tu, apakah itu telepati? Telepati ni burung merpati ke? . Bagi aku, analisis maksud telepati ini bermaksud Mengirim fikiran dari jarak jauh. WHAT?? . Fikiran pun dapat dikirim ke? Benda ni betul2 terjadi?. That;s why lah hari ni aku suka sangat nak membincangkan tentang topik ni, logic di akal ke atau hanya menjadi bahan gurauan. Sistem telepati ni berfungsi melalui Getaran Pemikiran otak yang berlaku di bahagian Cortex otak. Otak ni bergetar ke? YEZ,absolutely. Setiap detik kita memikirkan sesuatu, Otak akan mengeluarkan Vibration dan akan bertindak balas dengan zarah yang ada disekeliling. The vibration will transfer from particle to the others particles.

    “Apabila kita mengirimkan getaran fikiran pada jarak 5 000 KM, ia dpt sampai dalam masa beberapa saat sahaja”

    Fakta yang aku dapati menarik jugak, getaran elektrik dapat meluncur daripada fikiran individu bagi mempengaruhi individu lain tanpa hubungan wayar dan sebagainya. FUH!!...aku dah start berbelit lah pulak. Bagi analisis yang aku telah buat, Telepati ni ada kaitan jugak dengan “THE LAW of Attraction”.. Maybe yang dah baca buku ni, mampu melihat kesamaan antara telepati dan hukum attraction tu. Bagi yang belum baca, pergilah mana2 bookstore untuk mendalami law tu sendiri. Gerenti tak-kan menyesal nanti apabila dah baca..! Satu yang aku ingat mengenai persamaan dorang 2 ni. Pernahkan kiter berfikir orang yang sangat dirindui secara tiba-tiba? Suddenly jer terfikir! Well,kalau ikut perbahasan Law of attraction dan hokum telepati ini sendiri, jika ini berlaku bermaksud orang yang kita sedang fikirkan juga mengalami situasi yang sama. Co-incident ke? Mungkin tak, mungkin jugak! Inilah keajaiban Telepati. Apabila kita mengirim mesej diotak,getaran kita akan melangkaui alam melalui hubungan getaran antara particles. Aper aku ni? Dh giler ke nak bahas bnder2 x logic ni? Yeah! Sebab tu lah aku nak hubungkaitkan antara Telepati ni dengan falsafah metafizik.

    Apa itu Metafizik? Metafizik ni secara kasarnya berkenaan dengan Fizik yang melampau-lampau sehingga tidak dapat dibuktikan melalui Hukum Empirik dan cerapan. Contoh adalah Kosmologi. Kalau nak tahu lebih lanjut,hang buatlah research sendiri ye. So, apa kaitan antara telepati dan metafizik. Aku sendiri pun tak mampu nak menjelaskan secara detail,kalau nak difikirkan sehingga ke cara empiric,tak tidur malam dibuatnyer. Pengiraan matematik kompleks kot hanya mampu menyelesaikannya. Tapi selagi kita memiliki Otak logik , kita mampu lagi mebuat keisimbangan tentang kedua-dua aspek yang saling berkait-rapat nih. Telepati ni kira fizik jugak ker? Well, telepati ni tak berkhusus kepada fizik, tetapi lebih kepada metafizik. OKEH! Cukup fakta yang berbelit-belit.

    Baiklah, bagaimana kiter nak amalkan telepati dan buat teknik ni berkesan? Untuk ni, tunggu Post yang akan datang. Akan diperjelaskan secara detail lagi. Tapi buat sekarang ni, aku tak puas lagi nak buat kaitan antara telepati dan metafizik dan hokum law of attraction itu sendiri. Tapi tajuk entri ini adalah nak buktikan telepati ni adalah kebenaran dan bukan sekadar metafizik. Aku pun dah dok kalot ni. Untuk membuktikan ini, aku perlukan evidence dan pengalaman aku sendiri untuk buktikan kebenarannya. Untuk pengalaman aku pulak, tak cukup lagi kot. Perlu masa lagi.

    Move on, baiklah,aper pulak kaitan benda ni terhadap hubungan bagi pasangan yang sedang bermadu atau untuk kesukaan pabila memperpraktikannya. Well, aku lebih suka bercakap mengenai untuk Kesukaan pada bila-bila masa, sebab ni lebih liberal dan menyeronokkan. Pernahkah anda sering merasai getaran apabila berjumpa dengan orang yang di “fancy” kan sekali? Bila aku fikir, telepati ni satu kepuasaan bagi diri aku. Maklum,aku lebih suka bersendiri dari bersosial. Bagi aku telepati ni sebagai penghubung antara kita dan orang yang di “fancy”kan itu. Tapi bagaimana? Tak logic langsung!. Aku tak kesah per orang nak cakap, tapi aku suka! Ahaha. Akan dikupas lebih lanjut! Aku dah tak larat dan mengetip Keyboard ni.

    Aku Ingin Menjadi seorang ahli Falsafah

    Friday, June 3, 2011
    Salam Kefalsafahan buat semua, Entri Kali ini nak cerita pasal aku yang DREAM nak jadi seorang ahli falsafah.

    Apa itu falsafah? Apa seorang ahli falsafah buat? Duduk kat dalam bilik je ke? Atau buat ceramah sana sini? Untuk permulaan falsafah merupakan satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Tujuan utama lahirnya Ahli falsafah adalah untuk mengetahui kebenaran. Falsafah ni terbahagi kepada 5 bahagian utama. Tapi untuk aku, Aku berimpian nak menjadi seorang ahli falsafah Estetika. Apa itu Estetika? Estetika adalah disiplin Pemikiran tertinggi yang menjurus dan merumus kepada keindahan. Umumnya pemikiran tentang keindahan. Mungkin sebagai permulaan ini, aku hanya ingin menjadi ahli falsafah Estetika. Tak der berangan sangat nak menjadi seorang ahli falsafah Metafizik yang kental membahaskan tentang kewujudan.



    Adakah ini cantik? apa itu cantik?


    fahamkan dan lahirkan falsafah anda

    Kita bebas untuk menjadi seorang ahli falsafah,atau seorang yang mencipta falsafah-falsafah baru. Contoh terkemuka, Albert Einstein merupakan ahli falsafah biasa pada mulanya. Seorang pemikir Metafizik yang banyak menghubung kaitkan antara logik dan kewujudan. Tapi dengan kehebatan akal yang dikurniakan Tuhan kepadanya, dia mampu menjadi seorang pemikir yang hebat dan tersohor. Dengan hanya bermula daripada pemikiran dan falsafah tersendiri.


    Mungkin kita mempunyai banyak tafsiran terhadap lukisan ini


    Kemarahan itu ada



    Adakah lukisan ini menghindar dari masyarakat? tepulang kepada falsafah anda.

    Sekarang dunia telah mula menghargai Ahli Falsafah. Tapi kalau setakat mcm kiter yang baru nk bermula ni,tak mungkin lah akan dihargai sangat. Namun sangat berguna untuk kepuasan diri kita sendiri. Mungkin satu hari nanti, kita bisa Mengenggam Segulung pegiktirafan Doktor Falsafah (PhD) agar segala pemikiran kita dapat dikongsi bersama. Sebagai permulaan ini, biarlah kita bermain dengan minda kita sendiri tetang kehebatan falsafah kita.

    Kini aku bergelar ahli falsafah Estetika (informally)

    The Art Of Quantum

    Tuesday, May 24, 2011
    Salam Dunia. The Art Of Quantum ni lahir selepas aku pulang dari library. Setelah aku penat buat revision pasal Inorganic Chemistry,so aku decide nak release tension,nak cari benda-benda organic kat sekeliling aku. Then,lahirlah foto-foto kuantum yang ada kat sekeliling aku.
    Not really Quantum lar...



    Aku tak tau ni spesies ape



    Yang ni aku terpaksa slow2,takut bee tu lari


    Cuba teka? ahaha




    Spesis Liar kot

    featured-content