• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Episode 2: Our first Dinner

    Sunday, July 10, 2011


    Assalam buat anda sekalian. Sekarang kita dah sampai episode ke-2 perjalanan sebagai seorang pelajar A-level Medicine. Untuk mengetahui kisah dan pengenalan yang sebelumnya,silalah ke tag-KisahBudak A-LevelMedicine.

    Baiklah,setelah selesainya MDS,makan dan minum kami akan ditanggung dengan budjet sendiri. Disaat habisnya MDS,terasa sungguh excited because this is the time! Untuk merasai kehidupan yang berdikari,makan dan minum merupakan tanggungjawab sendiri. So,tanpa buang masa, petang tu jugak lebih kurang dalam pukul 6.30 ptg kami ber-tujuh keluar ke restoran yang berdekatan.

    Antara mates2 yang sudi sehaluan untuk dinner bersama kami pada hari itu is- Jimmy , Aliff Boyan, Bee, Faizul,Zubir dan (dah x ingat,sorry). Kami decide nak dine kat The Dawood restaurant (fuh,nama bukan main standard tu…). Inilah antara restoran mamak yang terdapat berhampiran kat kolej kediaman kami,yang lain mostly gerai-gerai Indon. Untuk pertama kalinya ni,kami nak try masakan mamak dulu.Tak der keberanian sangat nak cuba gerai-gerai yang ada,Perasaan Was-was tu tetap ada (standard bagi yang belum pernah mencuba).

    Setibanya kat restoran tu,fuh…Full dengan budak2 INTEC yang tengah kelaparan. Nasib ada meja yang dapat menampung kami berenam. Kami duduk dan start “pokpek-pokpek” pasal MDS. Ada yang suka,ada yang berduka (macam2 emosi). Then aku decide nak makan mee mamak and teh ais. Jimmy-same,Aliff boyan-Briyani,Faizul-nasi bujang,Zubir-nasi goreng mamak,Bee-dah tak ingat.

    Time tu dah excited sangat,semua makanan yang masuk sedap2 sangat,tak perasan pulak yang mee mamak yang dimakan ni mmg tak dak rasa langsung,umpama mee yang digaul rapi bersama garam dan Aji-no-moto dan ditambah sedikit dengan kepanasan. Anyway, tak nak banyak komen sangat sebab mee hari tu memang habis dimakan dengan jayanya.




    Fikir menu2 yg sesuai budjet student


    Penutup dinner hari itu,beli dessert kat 7Eleven Seksyen6,Shah Alam-Slurrpee..

    2 comments:

    1. Husaini Liakbar said...:

      buruknye kwn2 ko.. x comel mcm aku..

    1. Farryiedz Mustapha said...:

      mcm lh dia tu comel sgt..Ouww plizz lah..haha

    Post a Comment

    featured-content