• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Aku Ingin Menjadi seorang ahli Falsafah

    Friday, June 3, 2011
    Salam Kefalsafahan buat semua, Entri Kali ini nak cerita pasal aku yang DREAM nak jadi seorang ahli falsafah.

    Apa itu falsafah? Apa seorang ahli falsafah buat? Duduk kat dalam bilik je ke? Atau buat ceramah sana sini? Untuk permulaan falsafah merupakan satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Tujuan utama lahirnya Ahli falsafah adalah untuk mengetahui kebenaran. Falsafah ni terbahagi kepada 5 bahagian utama. Tapi untuk aku, Aku berimpian nak menjadi seorang ahli falsafah Estetika. Apa itu Estetika? Estetika adalah disiplin Pemikiran tertinggi yang menjurus dan merumus kepada keindahan. Umumnya pemikiran tentang keindahan. Mungkin sebagai permulaan ini, aku hanya ingin menjadi ahli falsafah Estetika. Tak der berangan sangat nak menjadi seorang ahli falsafah Metafizik yang kental membahaskan tentang kewujudan.



    Adakah ini cantik? apa itu cantik?


    fahamkan dan lahirkan falsafah anda

    Kita bebas untuk menjadi seorang ahli falsafah,atau seorang yang mencipta falsafah-falsafah baru. Contoh terkemuka, Albert Einstein merupakan ahli falsafah biasa pada mulanya. Seorang pemikir Metafizik yang banyak menghubung kaitkan antara logik dan kewujudan. Tapi dengan kehebatan akal yang dikurniakan Tuhan kepadanya, dia mampu menjadi seorang pemikir yang hebat dan tersohor. Dengan hanya bermula daripada pemikiran dan falsafah tersendiri.


    Mungkin kita mempunyai banyak tafsiran terhadap lukisan ini


    Kemarahan itu ada



    Adakah lukisan ini menghindar dari masyarakat? tepulang kepada falsafah anda.

    Sekarang dunia telah mula menghargai Ahli Falsafah. Tapi kalau setakat mcm kiter yang baru nk bermula ni,tak mungkin lah akan dihargai sangat. Namun sangat berguna untuk kepuasan diri kita sendiri. Mungkin satu hari nanti, kita bisa Mengenggam Segulung pegiktirafan Doktor Falsafah (PhD) agar segala pemikiran kita dapat dikongsi bersama. Sebagai permulaan ini, biarlah kita bermain dengan minda kita sendiri tetang kehebatan falsafah kita.

    Kini aku bergelar ahli falsafah Estetika (informally)

    0 comments:

    Post a Comment

    featured-content