• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Episode 1 : Minggu Destini Siswa

    Friday, July 8, 2011

    Assalam, buat pembaca sekalian sorry be-banyak sebab blog aku ni dah semak dengan sawang-sawang yang tebal dan baru hari ni aku berkesempatan nak mengemas kembali blog aku yang dah start menebal dengan sawangannya. (fuh,introduction tahap kulut-mulut)

    So,inilah kali pertama aku menulis entri setelah tibanya aku di INTEC dan officially diiktiraf sebagai pelajar A-level Medicine.Bukan aku tak nak menulis sebelum ni,disebabkan dengan aktiviti dan jadual yang padat, ditambah lagi dengan kemudahan internet yang sukar didapati di kawasan kediaman kolej kediaman ni membuatkan aku bercuti seketika dengan aktiviti blogging ni. Dan sekarang bahasa aku pulak dah nak start mem-formal (ceh,cita-cita yg tinggi).

    Well,inilah dia memperkenal The Very First Episode of Kisah Budak A-level Medicine. Untuk episod2 yang seterusnya,aku akan guna word “episode”, (dah xda header depan kisah). Aku berharap entri-entri yang lepas mencukupi untuk promote pengenalan pasal Kisah Budak A-level Medicine ni.

    Cukup dengan penjelasan mengapa blog aku bersawang dengan aktifnya sejak kebelakangan ini. Berbalik kepada topic asal MDS atau minggu destini siswa. Sebagai student UiTM untuk Campus International Education College (bakal diswastakan kelak),kami tetap wajib untuk mengikuti aktiviti MDS ini atau lebih senang lah..minggu ORIENTASI. When the word “orientation” word blurts out, semua orang akan merasa the vibe of fear-ness termasuk aku. Tapi,aku sangat bersyukur sebab orintasi kat INTEC ni is very Sempoi jika nak dibandingkan dengan kisah orintasi budak2 UM. Jadi, teruskan pembacaan dengan apa yang terjadi semasa MDS ini berlaku.

    Macam biasa yang terjadi kat kolej2 lain,pendaftaran asrama (so be called as Apartment). Kolej kediaman yang aku tinggal ni lebih bercirikan status Apartment sebab rumah aku ni memiliki 2 bilik tidur, 2 washrooms,1 kitchen and 1 living room for us to study. Disebabkan aku datang agak lewat, dalam pukul 9.15am camtu,aku ditempatkan kat aras 4-blok 2. Blok ni memang khas buat student A-level Medicine. Mula2 aku memang rasa frust menonggeng sebab aku dapat kat floor 4 ni, but then, I feel so excited sebab aku dapat housemates yang giler2 belaka Plus spotting sangat. Thanks for u guys! (untuk foto apartment dan sekitar kawasan kolej kediaman,nantikan Entri yang akan dating)

    Enough of telling u guys about the residential thing. Move on to what is happening during the MDS.

    So,to make my life easy and convenient for u guys yang malas nak membaca dan tak berapa suka sangat membaca entri panjang lebar,aku akan summarize kan sahaja peristiwa yang berlaku semasa MDS.

    What is happening on Monday :

    6.45 am: berangkat ke INTEC menggunakan bas berkapasiti tinggi walaupun ada yang rela berhimpit kat tengah sebab excited sangat nak tengok INTEC. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit dari kolej nak ke INTEC.

    From morning till noon, full dengan ceramah dan taklimat yang buat aku separuh sedar dan tak focus langsung selepas 30 minit. (sekarang menyesal sebab aku dah blurr dengan system yang TOTALLY different dengan time secondary dulu). : (nasihat=sila focus untuk kebaikan diri anda).

    On Tuesday: Kami dibawa meronda-ronda sekitar blok2 dan facilities yang disediakan oleh pihak INTEC. Blok yang sempat aku ingat is ADFP,ALM,AUSMAT,Short programme, Pusat Islam, Library(of course sebab memang besar giler bagai nak rak!). Lepas habis ronda-ronda, abg dan akak2 senior ajar kami buat tepuk-tepuk. (best sangat-umpama kat kem dulu). Tepuk yang sangat Unik tapi menarik dan menghiburkan. Favourite tepuk aku is – Tepuk Gajah! (lawak dan sapa yang buat kan rasa diri dia tu sangat cute walaupun dah cute-like ME!,)

    Petang selasa tu pulak ada riadah- and its dancing TIME!... part aku PALING SUKA. (credit buat kareografer yang kreatif kerana telah melahirkan seni tarian yang bermutu tinggi dan senang untuk dipraktikkan buat kami yang blurr dalam part2 menari). Ada 2 tarian, lagu Hindi dan lagu Ziswasya-ziswasya… Menari terlentok ke sini ke sana,walaupun agak WEIRDO sikit pergerakkan yang terhasil,namun kami tetap teruskan sebab EXCITED!.. then,we have our dinner together. Kebetulan, geng2 sott2 belaka dari Sarawak terduduk semeja tempat makan,so apa lagi,sesi mengumpat (lebih kepada luahan perasaan,xder niat nak mengumpat) bermula… Ini lah x kena,itulah terlebih sangat and What-so-ever. Then lepas have a very nice curry dal cabbage with red-style fried chicken dinner, we proceed to the Islamic Center to perform our prayer. For those non,they have their own activities at the great hall. Walaupun badan sungguh melekit dengan peluh menari,solat tetap tidak dilupakan. Sanggup meredah lautan bau peluh yang fresh2 belaka (I hope u can imagine and feel how does it goes by) untuk menunaikan kewajipan.

    1 comments:

    1. Anonymous said...:

      ambuyat nyaman dimakan..

    Post a Comment

    featured-content