• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • JPA- At Last

    Friday, May 20, 2011
    Tanggal 24mac2011- Bukak website JPA, menghantarkan permohonan program farmasi untuk PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA

    Tanggal 8april2011 - Bukak untuk kali kedua, TAHNIAH!! anda layak untuk menghadiri sesi temuduga, program farmasi di INTAN sabah.

    Tanggal 12april2011- Menghadiri temuduga,masa yg sungguh terhad untuk melakukan segala persiapan

    Setelah kian lama menunggu, akhirnya tarikh yang keramat itu telah muncul. 13may2011, TAHNIAH!! anda telah berjaya untuk mengikuti program ijazah luar negara tahun2011.

    saat-saat inilah yang paling mengembirakan tatkala segala impian yg didambakan semenjak form4 dahulu akan bermula menjadi kenyataan.Impian hanya sekadar impian, asal dapat ke overseas, pun dah bersyukor sangat.Bukan mudah untuk lulus setiap langkah mendapatkan Biasiswa JPA ni. Dari pengorbanan tahap KARMA di tahun akhir sekolah menengah,sehinggalah tahap DEWA bertungkus lumus semasa menghadiri temuduga sebelum layak digelar "PEMEGANG BIASISWA PILN JPA 2011"...Namun,bersyukur ke hadrat illahi,kerana hendaknya juga aku diberikan rezeki yg tidak ternilai tingginya...

    Berikut program yang ditawarkan:
    Jurusan : farmasi
    Negara : Twinning program of university of Nottingham, UK
    Pusat Persediaan : INTEC UiTM Shah Alam
    overall tempoh tamat pengajian : 6 Tahun

    Amat "terkesima" sekali, yang dipohon direct program ke Scotland,tapi rezeki ke arah twinning program, tak per, Di sini bermulanya karrier kiter, so, xlah berkira sgt,asalkan ditaja dan jurusan yg diminati.Dari kenyataan inilah, bermulalah cabaran yang mendatang! hatta lebih HEBAT DAN DAHSYAT. semakin kita menuju kemajuan, semakin hebat halangan ( hipotesis awal falsafah)..ehehe...




    0 comments:

    Post a Comment

    featured-content