• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kisah budak A-level medicine : 24 hari sebelelum pendaftaran

    Thursday, June 9, 2011

    Salam buat pembaca dinihari sekalian. Naper pulak aku dok heboh criter pasal A-level medicine ni sedangkan aku belum lagi sah bergelar pelajar A-level medicine. Mungkin aku dah bosan sangat duk kat rumah, tak der benda sangat nak dibuat. Timbul pulak idea nak merakamkan hari-hari sebelum bergelar pelajar A-level Medicine ni. Betapa nikmat nya hidup bercuti. Tak lah nikmat sangat, Boring ade lah. Maybe kisah-kisah ini menjadi bahan perakam untuk dikenang dikemudian hari kelak.

    Baiklah,sekarang teman-teman sebaya aku dah Hangat membuat persediaan nak ke International Education College (INTEC), maklum,semua tengah boring duk kat rumah. Aku kat sana nanti tak lah berseorangan. Ade 5 geng classmate aku dulu akan menyertai perjuangan kami nanti disana.Semua dapat Haluan masing-masing setelah bertungkus lumus time form 5 dulu. Untuk Miji (Medik-russia) , Adib (Medik-russia) , Flixo-jojo (Medik-russia) ,Zubir (Farmasi-Australia) , Kevin (Engineer-jepon) .

    Kalau nak ceriter Hard work time form5 dulu,tak tertulis kot dalam blog ni. Tak mampu aku nak gambarkan pahit manis derita time form 5 dulu. Biarlah ia menjadi kenangan sepanjang hayat yang bersemadi di jiwa. Sekarang aku pulak dalam dilemma. Eh, serba salah kot sesuai. Sempena 24hari lagi sebelum pendaftaran,aku nak ceriter sikit pasal decision aku yang nak amik kursus farmasi ni.

    Lepas jer result jpa keluar,semua orang dok heran,naper aku amik farmasi?. Betul ke nak amik farmasi ni?. Sebab dorang buat reaksi camni kerana aku ni dulu angan-angan nak jadi Dermatologi-pakar Doktor lah kiranya. And…haruslah amik Medik kat Uni nanti. Tapi, tiba-tiba jer aku tukar profession ke bidang farmasi..Apa dah jadi? Ko kena sampok ke?...naper ko sia-sia kan perjuangan ko time form5 dulu nak jadi seorang DR.

    Aku masih ingat dulu, atas meja aku , Aku tulis besar-besar, Aku nak ke RCSI (Royal College Of surgeon Ireland ),menjadi doctor kelahiran college tu nanti, seterusnya nak jadi pakar dermatology and Plastic surgery. Word2 ni lah yang beri aku semangat dan Inspirasi untuk terus berusaha mencapai tahap kecermelangan dalam SPM dulu. Dulu time kecik, aku memang dah angan-angan nak jadi doctor. Kalau makcik-makcik kat kampong tanyer, “kan jadi pa ko kaang sudah basar”…aku reply lah “kan jadi Doktor ku ngah..”….Yang kira-kira bermaksud: aku nak jadi doctor .

    Bapak aku pun cakap, yerr… “ bagus tu wing jadi doctor, dpt kaang buka klinik”….nilah antara kata-kata semangat aku dulu. Ader jugak time tengok rancangan Wanita hari Ini ( WHI ) kat tv3 time tengah tunggu result kuar. Waktu aku dan Bapak aku tengok rancangan tu. Tajuk perbincangan hari tu pasal jeragat dan tetamu undangan konti hari tu adalah Dr pakar kulit dan punya klinik persendiriaan. Kos nak buat rawatan jeragat (mark) tu bernilai RM8K untuk sekali laser treatment. So-bapak aku bagi cadangan lah suruh aku amik Kos kedoktoran Dermatalogi nie…Apa lagi aku,punyer semangat nak ambik,tambah-tambah lagi bapak aku ni bagi sokongan sepenuh padu. Membuak-buak lah semangat aku ni. Pada pandangan kami berdua,karier ni banyak beri keuntungan dan INCOME! Hehehe…ni lah yang penting dan buat bapak aku teruja sangat.

    Tapi naper sekarang aku amik Farmasi~tanda Tanya buat aku sendiri? Aku pun sendiri pun tidak mengerti kenapa,mengapa dan bagaimana ini boleh terjadi. Tapi aku tidak pernah akan menyesali segala keputusan yang aku telah buat. Aku telah memikirkan segala tindak-tanduk yang bakal aku lakukan. Aku selalu Bare in mind, yang setiap perkara tu ada hikmahnya. Mungkin segala yang kita inginkan tidak akan kita kecapi. Semua nya telah tertulis di Luh-Mahfuz. Sebagai manusia biasa, aku hanya mampu redha dan Mensyukuri segala kurniaan yang diberi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk Diri kita.

    Huh~~~~ Teruskan semangat! Yeah!!

    0 comments:

    Post a Comment

    featured-content