• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kisah konflik Teman seperjuangan

    Sunday, May 22, 2011
    Salam Kecermelangan buat semua. Entri kali ni berkisarkan kisah aku dengan seorang teman yang sukar difahami,tetapi berada dekat dengan hidupku. Mungkin inilah antara kawan karib aku semasa menjalani kehidupan senior semasa di Sainsku.

    Kehidupan sebagai seorang teman ada kalanya yang baik dan buruk. Dan tertulisnya entri ini adalah bagi menjelaskan kerenggangan persahabatan kami untuk satu jangka masa yang panjang ( starting July till Sebelom SPM). Entri ini khas dibuat untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan di kelas 5 alfa 2010 yang sering tertanya-tanya apakah yang sedang terjadi pada persahabatan kami.

    Ceritanya bermula begini. Bagai rutin harian,kami akan pergi solat zohor dan makan tengahari bersama-sama selepas selesainya p&p pagi. Tapi hari itu, entah kenapa aku melenting tiba-tiba kerana dimarahi oleh cikgu addmaths gara-gara pencapaian aku yang teruk dalam peperiksaan mingguan.So,aku pun tak layan lah semua ajakan kawan-kawan untuk pergi lunch,termasuk lah kawan aku ni. Manakan tidak, aku umpama di humiliate di dalam kelas,berdiri dan diberi nasihat yang amat pedas dan berbunyi sinis.Aku tak dapat terima kenyataan dan harus berubah.AKu terus EMO bagai nak rak.serabut dibuatnya. Dan dari saat inilah, trajedi itu bermula. Mungkin ini salah aku, aku tak sambut perlawaan dia dgn baik. Aku buat umpama angin kat depan je. Aku langsung tak pedulikan dia. Maybe dia tak prasan yang aku sedang EMO bagai nak mampus masa tu. Then, sifat aku memang macam tu, tak akan layan orang dalam situasi emo,tapi aku menghadapi emo jarang sekali. Dia adalah mangsa Emo pertama aku! Kalau aku emo,semua benda yang aku fikirkan sungguh negatif. Dan Dia, Cara mengajak aku lunch Umpama tidak pernah memahami! I HATE IT!! (masa tu larr). Aku pun berfikir, dia ni tidak menghadiri kelas ke? tak kan tak paham perasaan aku sekarang ni! everything is negative...So, aku langsung tak layan and marah kat dia.

    Selepas selesai rehat tengahari,time aku nak ke tandas, terserempak di tangga, dia cuba tegur,tapi aku langsung tak layan.Time tu aku dah marak betul2 kat dia. Entah syaitan jenis apa meracuni fikiran aku masa tu. "IS THIS MY FRIEND? DONT EVEN CARE OF ME"...ni lah words yang terdetik masa tu. Sedangkan dia dah berusaha untuk membawa aku berbual-bual.Well, start dari inilah, kami langsung tak berbual untuk sekian lama.Untuk memunculkan diri di depan masing-masing pun dah tak hingin. Masing2 ada ego yang sungguh tebal. Masing-masing merasakan diri tidak bersalah. Bagi aku, jika dia adalah teman sejati, dia harus berusaha mencari tahu apa yang terjadi terhadap diriku. Bukan terus mendiamkan diri tatkala aku tidak melayan hanya sekali. mungkin memang sikap dia begitu. Tapi masa tu aku memang tidak dapat accept perangai dia macam tu. Mungkin bagi dia, dia dh try yang terbaik untuk memujuk dan apabila aku memberikan respons yang sedemikian, dia beranggapan aku sudah tak sudi berkawan kembali. Hal ini berlanjutan sebegitu lama ( nasib pelajaran aku tidak terganggu). Kawan aku ( MIJI , AIN) cuba bertanya pa kes?? aku buat cool3..jawab just salah faham. aku tak nak memburukkan lagi keadaan. Biar suasana reda dulu, baru beraksi. Tapi aku respect dgn Miji ni, he;s keep asking,what is going on...dan, at last, aku buat-buat cerita dengan miji ni ( sori lh yer,terpaksa)..kononya aku tengah menguji tahap kesetiaan kawan si dia.

    Kerenggangan ini terjadi sehinggalah hari itu. Hari Bermaaf-maafan sebelum SPM. Waktu ni kami ada 2 sesi, sesi bersama junior dan sesama sendiri. Selepas selesai sahaja bersama junior, Dalam keadaan yang sayu dan bertitisan air mata, aku menghampiri nya dan bersalaman. Aku cakap dan explen kat dia yang selama ni aku yang bersalah dan sepatutnya keadaan tak perlu jadi begini. I cry like mad infront of that fren. Tak sangka,time tu masih puasa,bulan tu membawa rahmat yang kawan baik tetap ada walaupun apa yang terjadi.

    Dan syukor,kami kembali berkawan selepas itu, hari-hari menjelang SPM, Hari SPM,Hari mendapatkan result SPM...dan sampailah sekarang..Alhamdulillah..

    4 comments:

    1. Loner said...:

      1. u x spatutnya pikir sangat hal sir addmath tuuu... normal la...
      2. "kawan" u tu, caring la sbnarnya... jahat betol nates dalam palak hotak u ni
      3. i kne tipu ea??? dgn cara u explain yg tergagap gagap n asyik mengelipkan mata tu, i dh agak dh, u x bgtau evrything
      4. i'll make sure yg "kawan" u ni, baca post yg ni k?? ahaha... selamat beramal~

    1. The ModERnMoZaRT said...:

      fuiyoooo...macam essay SPM seyh,,huhu
      teruskan usaha,,hahah
      pernah gak terkene same situation tapi lelame ok gak r,lol
      cume bile da tue gini(tue la sangat),bile teringat balek rase kelakar pun ade,,hahaha
      ok la der.GOOD luck for your future!

    1. Farryiedz Mustapha said...:

      Loner : aku dah masak ngn perangai sir tu,tapi kesabaran aku ada limit!maybe time tu aku dh meletus sgt kot. Btw,aku stuju ngn ko,kwn tu very caring,just way dia x bg0s sgt kot...thx lah,k0 sudi dgr time tu,even k0 lngsung x prcaya...

    1. Farryiedz Mustapha said...:

      The Modern Mozart : Thx lar bgi smgt,essay ni belom detail lagi..ahaha...kalau ingt kembali, mmg lawak la,tapi...huh...nilah persahabatan kot..kekeke

    Post a Comment

    featured-content