• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Kisah Budak A-Level Medicine : 26 hari sebelum pendaftaran

    Tuesday, June 7, 2011
    Mulai 7 jun 2011 ini, sempena hari ulangtahun Ibu yang tersayang, maka bermulalah secara rasmi Entri berepisod- " kisah budak A-level Medicine".

    Entri ni khas dibuat untuk teman-teman yang setia mengetahui perkembangan semasa diri ini. Episod yang akan datang jugak khas untuk pendedahan awam mengenai pahit manis bergelar pelajar A-level Medicine.



    Bakal Menjadi Front-Cover Page Episod ini nanti


    Sedikit latar belakang Episod yang bakal beruntaian ini. Aku bakal melangkah masuk ke alam Pra-U (persediaan sebelum ke Universiti Luar negara) pada 3 Julai 2011 Ini. Alhamdulillah,aku telah ditempatkan di International Education College (INTEC),kampus UiTM Shah Alam. Course yang bakal aku ambik kat sini adalah seperti tajuk di atas, A-level Medicine atau short form (ALM). Kursus ni khas buat persediaan kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran di Ireland dan United Kingdom.
    Mostly yang ambik course ni adalah future Doctor,Pharmacy dan Dentist.

    Dan untuk aku pulak, aku ambik kursus ni sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki ke University Of Nottingham,UK dalam bidang farmasi.
    Aku amat berharap yang Entri berepisod ini bakal menjadi tatapan buat teman-teman dan para pembaca yang setia.

    1 comments:

    1. Anonymous said...:

      haha. all the best k :) boh lpak post bnyak cta lak. haha.

    Post a Comment

    featured-content