• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • KIsahbudak A-levelMedicine: 21 hari

    Saturday, June 11, 2011

    Assalamualaikum buat reader blog yang spotting. Entri kali nak tunjuk high respect buat Brother and sister yang tengah dok study kat Overseas sekarang ni. Respect ni khas buat mereka yang sentiasa meletakkan Islam sebagai panduan hidup dorang. Even mereka ni duduk kat negara asing, but mereka tetap teguh menegakkan panduan hidup yang teguh sebagai seorang Islam. Aku yang duduk kat Malaysia ni lagi tak sehebat keimanan dorang,so..ni buat aku sedar betapa pentingnya pertolongan dari Allah itu sendiri.


    Islam menjadi Pegangan


    Islam Itu Universal

    Yang ni berdasarkan komen aku setelah bersiar-siar baca2 blog dorang ni. Setiap blog yang aku kunjungi, mesti terselit 2-3 hadis dan topik-topik yang serius membahaskan pegangan islam dalam kehidupan seharian. Aku respect cara dorang kaitkan agama dan pelajaran..Agama sebagai sumber motivasi hidup...Agama sebagai tempat mengadu dan mencari penyelesaian. Sesungguhnya kejayaan yang mereka kecapi sekarang ni adalah hasil kerja keras mereka dan pertolongan dari Allah Swt. Sesungguhnya Allah berjanji akan Menolong mereka yang menegakkan Agama.Sesungguhnya aku yakin dengan pegangan ini. Menolong agama tak semestinya kiter ni berdakwah secara radikal, tetapi cukup sekadar kita melaksanakan suruhannya, meninggalkan laranganya dan banyak melakukan amalan-amalan Sunat.


    Pegangan hidup harus kuat (refleksi buat diri sendiri)

    Yang aku respect jugak, dorang saling berkongsi-kongsi maklumat. Teknologi dan kemudahan yang ada sekarang digunakan dengan sebaiknya. Student Medicine kat India (Manipal Medical College) share2 kat student Notts. (university of Nottingham). Ni yang buat aku tambah semangat. Sesungguhnya ramai yang beranggapan student kat overseas ni banyak yang telah dicemari. Memang diakui, setiap tempat mesti ada yang negatif. Even negara yang kita cintai ini tidak lekang dengan gejala2 negatif yang dahsyat. Terpulang kepada diri untuk mengadaptasi hidup masing-masing. Tetapi, Bro and Sist kita mengambil peluang ini sebagai asas kepada mengukuhkan lagi jati diri.

    Peganggan Hidup itu must at the top of priority.

    1 comments:

    1. Sophie said...:

      mudah2an kamu berada di dalam golongan mereka yang mendapat rahmat dan pelindungan Allah walau di mana jua berada. amin...

    Post a Comment

    featured-content